BUTTERWORTH - Seorang bekas pengarah syarikat hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas satu pertuduhan memindahkan lebih RM55,000 wang syarikat itu ke sebuah syarikat miliknya pada 2020.
Tai Chun Wei, 39, didakwa telah menggunakan kedudukannya sebagai pengarah pada ketika itu untuk memindahkan wang berkenaan tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat tersebut, ke sebuah syarikat yang dia menjadi pemilik tunggal untuk mendapatkan manfaat secara langsung kepada dirinya sendiri.