KUALA LUMPUR - Kesemua lima menteri baharu Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada jam 3 petang, Selasa.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Iklan
Iklan
Turut mengangkat sumpah ialah M Kulasegaran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Datuk Seri Noraini Ahmad (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Ramanan Ramakrishnan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan); serta Senator Dr Zulkifli Hasan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu bermula pada jam 3 petang sehingga 3.30 petang. - Awani