IPOH - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berazam meneruskan segala perancangan yang diatur bersama kementerian itu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumuman rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan hari ini mengekalkan kedudukan beliau menerajui kementerian berkenaan.
Beliau berkata, sesiapapun yang ditugaskan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri perlu berkhidmat untuk negara kerana ia merupakan satu amanah, keistimewaan dan juga beban.
Iklan
Iklan
"Kalaupun contohnya saya diminta untuk buat tugas lain, maksudnya saya selalunya akan pilih untuk memandang yang positif, saya dilihat ada nilai tambah di tempat lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat tapak projek Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Tani Wilayah Ekonomi Koridor Utara (IPR-INTAN NCER), yang bertujuan membasmi kemiskinan tegar di Hulu Kinta di sini hari ini. - Bernama
Artikel Berkaitan