SKMM perlu dirombak jika di bawah Kementerian Digital - Johan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar kecil: Johan)

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu dirombak secara menyeluruh sekiranya agensi tersebut diletakkan di bawah Kementerian Digital pada masa akan datang.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berpandangan, tindakan tersebut bagi memastikan suruhanjaya itu lebih berkesan, sekali gus tidak dilihat sebagai agensi kerajaan yang menghakis kebebasan media.

Iklan
Iklan

"Saya harap akan ada perubahan, saya tidak pasti dimana (kementerian) SKMM akan diletakkan, sebab SKMM banyak beri masalah kepada kita selama ini.

"Jadi saya sokong dipisahkan (Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital) supaya tumpuan kepada aspek digital diberi perhatian,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan lima menteri dan timbalan menteri dalam rombakan Kabinet dengan Kementerian Komunikasi dan Digital dipecahkan kepada Kementerian Digital serta Kementerian Komunikasi.

Dalam pada itu Johan berpendapat, pemecahan tersebut merupakan langkah terbaik bagi memastikan keberkesanan Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini.

Iklan

"Kita kena terima hakikat bahawa aspek komunikasi harus diberi perhatian serius (kerana) ada kaitan dengan beberapa agensi kementerian yang mempunyai masalah dan sebagainya.

"Ini peluang terbaik untuk memastikan Kementerian Komunikaisi menumpukan perhatian hanya kepada isu komunikasi. Soal digital pula harus faham bahawa kita hidup dalam dunia berbeza, proses digital adalah diluar kerangka pemahaman banyak pihak,” ujarnya.

Sementara itu rombakan Kabinet disifatkan sebagai langkah positif serta sehaluan dengan kehendak rakyat yang mahu melihat perubahan.

Malah Johan berkata, perubahan tersebut sangat penting buat masa ini terutama untuk Anwar menjalankan reformasi seperti yang dijanjikan semasa pilhan raya sebelum ini.

"Saya percaya dalam masa setahun ini, beliau (Perdana Menteri) telah dapat banyak pengalaman dan meneliti kelemahan serta kekuatan kementerian dan menteri yang terlibat,” menurutnya.