'Saya akan lunaskan semula agenda reformasi' - Dr Dzulkefly

Iklan
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilantik sebagai Menteri Kesihatan yang baharu dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.- Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan yang baharu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, beriltizam melunaskan segala agenda reformasi beliau terhadap kementerian berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa semula beliau ke dalam barisan Kabinet.

Iklan
Iklan

"Seperti yang Perdana Menteri umumkan saya kembali untuk melunaskan segala apa cita-cita saya, agenda reformasi serta projek dan program saya (sebelum ini).

"Insya-ALLAH saya akan lakukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Istana Negara di sini pada Selasa.

Iklan

Dzulkefly Ahmad kembali dilantik semula menerajui Kementerian Kesihatan (KKM) dalam rombakan Kabinet pada Selasa manakala, Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, kesemua lima menteri baharu Kerajaan Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pada jam 3.30 petang tadi.

Iklan

Antara yang terlibat adalah Menteri Digital, Gobind Singh Deo, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Turut mengangkat sumpah pada majlis sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Dr Dzulkefly sebelum ini pernah dilantik sebagai Menteri Kesihatan ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.