[RINGKASAN] Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan pertambahan bilangan Jemaah Menteri pada Selasa.

[RINGKASAN]

12 DISEMBER 2023

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan pertambahan bilangan Jemaah Menteri pada Selasa.

10.30 pagi: Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Amir Hamzah, Zulkifli Hasan angkat sumpah Senator

11 pagi: Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet selepas setahun menerajui Kerajaan Madani.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:PM umum rombakan Kabinet 11 pagi ini

ARTIKEL BERKAITAN:Rombakan Kabinet: Siapa masuk, siapa keluar?

Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang.

11.48 pagi: Kabinet baharu Kerajaan Madani menyaksikan seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan daripada senarai.

ARTIKEL BERKAITAN:Seorang menteri, dua timbalan digugurkan

11.58 pagi: Seramai lima menteri baharu dilantik untuk menerajui beberapa kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan seperti diumumkan Perdana Menteri. Jawatan Menteri Kewangan II disandang oleh CEO KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

ARTIKEL BERKAITAN:Rombakan Kabinet: CEO KWSP dilantik Menteri Kewangan II

12.20 tengah hari: Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang.

ARTIKEL BERKAITAN:Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat

12.30 tengah hari: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu.

ARTIKEL BERKAITAN:Johari Abdul Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi

12.40 tengah hari: Barisan Jemaah Menteri baharu dan pertukaran jawatan menteri serta timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri dikekalkan sehingga tamat penggal pentadbiran Kerajaan Madani.

ARTIKEL BERKAITAN:Kabinet baharu kekal sehingga tamat penggal

12.42 tengah hari: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini bekas Menteri Kesihatan kembali menerajui kementerian tersebut.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini bekas Menteri Kesihatan kembali menerajui kementerian tersebut. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

ARTIKEL BERKAITAN:Dr Dzulkefly kembali terajui KKM

12.43 tengah hari: Perdana Menteri mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri.

ARTIKEL BERKAITAN:Rombakan Kabinet: Muka baharu, bertukar portfolio dan kementerian baharu

12.48 tengah hari: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu untuk menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak.

1.03 tengah hari: Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri.

1.29 tengah hari: Gobind Singh Deo kembali menganggotai Jemaah Menteri apabila dilantik memegang portfolio Kementerian Digital.

1.48 tengah hari: Pelantikan Amir Hamzah sebagai Menteri Kewangan II dianggap tepat dalam menerajui Kementerian Kewangan (MoF) ke landasan yang tepat.

1.58 tengah hari: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terkejut dengan pertukaran portfolio daripada Menteri Pendidikan Tinggi kepada Kementerian Pertahanan.

ARTIKEL BERKAITAN:Rombakan Kabinet: Saya masih terkejut - Mohamed Khaled

1.58 tengah hari: Pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus sebulan seperti yang diumumkan sebelum ini akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN:Pemotongan 20 peratus gaji menteri diteruskan - PM

2.19 petang: Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar akur dengan penggugurannya sebagai anggota Kabinet.

ARTIKEL BERKAITAN:'Saya terima keputusan PM' - Sivakumar

2.21 petang: Dua timbalan menteri daripada DAP, iaitu Lim Hui Ying dan Datuk Chan Foong Hin, telah bertukar portfolio kepada Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Pelantikan masing-masing melibatkan lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri.

ARTIKEL BERKAITAN:Rombakan Kabinet: Dua wakil rakyat DAP bertukar ke portfolio baharu

2.30 petang: Barisan Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen mula tiba di Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang dijadual berlangsung, petang ini.

3 petang: Kesemua lima menteri baharu Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Kabinet baharu: Lima Menteri, lima Timbalan Menteri selesai angkat sumpah

Senarai penuh Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.