Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2024

Iklan
Wan Junaidi ketika mempengerusi Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara setelah melalui tempoh lapan hari perbahasan dan penggulungan selepas dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Negara pada 29 November lepas.

Iklan
Iklan

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga rang undang-undang berkenaan.

Rang undang-undang itu melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.

Iklan

Daripada jumlah peruntukan belanjawan yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat' itu, sebanyak RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan manakala RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.

Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat pada 27 November lepas dan persidangan Dewan Negara bersambung esok. - Bernama

Iklan