Rombakan Kabinet: Yang tersirat di sebalik tersurat
Iklan
SETELAH lebih lima bulan spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan timbul, akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merealisasikannya bersempena dengan sambutan setahun usia pentadbiran Kerajaan Madani.
Menepati ramalan ramai pemerhati politik, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ternyata melaksanakan penyesuaian semula barisan Jemaah Menteri secara besar-besaran dengan lima menteri baharu dilantik manakala seorang menteri digugurkan.