Rakit tong air jadi penyelamat

Iklan
Idea rakit menyelamatkan barangan daripada kerugian akibat banjir. - Foto: Sinar Harian

RANTAU PANJANG - Usaha seorang mekanik membina sebuah rakit menggunakan 15 tong plastik berkapasiti 200 liter berjaya menyelamatkan peralatan membaiki kereta miliknya bernilai RM50,000 daripada musnah ketika gelombang pertama banjir di Kampung Padang Licin di sini, minggu lalu.

Rakit yang dilapiskan dengan papan itu dianggarkan dapat menampung lebih 10 tan berat peralatan termasuk sebuah mesin kimpal yang bernilai RM4,000 daripada ditenggelami banjir.

Iklan
Iklan

Mekanik Saddam Muhamat, 32, berkata, dia membelanjakan RM5,000 untuk membeli tong-tong air dan papan lapis serta membina rakit tersebut dua tahun lalu.

Saddam Muhamat - Foto: Sinar Harian

Katanya, rakit itu sudah menjadi penyelamat barangan perusahaan bengkel keretanya sebanyak tiga kali banjir.

Iklan

"Sebelum ini, banjir di kawasan kampung ini hanya setinggi 0.4 meter namun sejak tiga tahun kebelakangan ini menjadi teruk hingga mencecah hampir dua meter.

Tong plastik yang digunakan untuk membina rakit- gambar sekadar hiasan / media sosial.

"Jadi, idea tercetus untuk meletakkan barangan bengkel di atas rakit, maka barangan itu tidak tenggelam semasa banjir sebaliknya terus terapung di atas paras air walau setinggi mana sekali pun,” katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Selasa.

Iklan

Menurut Saddam, bagi menggelakkan rakit tersebut hanyut, dia menggunakan tali untuk mengikat rakit tersebut di batang-batang pokok yang terdapat di sekeliling kawasan itu.

Anak saudara Saddam, Muhammad Syahfiq Mohamad Zulkepli menunjukkan rakit yang terapung dalam banjir di Kampung Padang Licin minggu lalu. - Foto: Sinar Harian

Ujarnya, sebelum ini pernah mengalami kerugian apabila peralatan tersebut tenggelam banjir teruk di kampung berkenaan pada tahun 2022 dan banjir baru-baru ini mengambil masa seminggu untuk surut.

"Saya akan perhatian keadaan cuaca, kalau hujan lebat, saya akan segera memindahkan peralatan membaiki kenderaan ini ke atas rakit. Banjir gelombang pertama ini sudah pulih tetapi saya siap sedia jika berlaku lagi.

Bengkel kereta yang ditenggelami banjir. - Foto: Sinar Harian

"Saya tidak mahu kerugian sehingga RM80,000 pada banjir dua tahun lalu berulang dan berharap rakit ini akan terus membantu menyelamatkan perusahaan yang dilakukan sejak 10 tahun lalu ini,” kata Saddam.