Cabaran Eropah United berakhir di Old Trafford

Iklan
Gol Coman memastikan Bayern mengekalkan momentum positif Kumpulan A Liga Juara-Juara. - Foto Agensi

PELUANG Manchester United untuk layak ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara berakhir setelah tewas 0-1 kepada juara Kumpulan A, Bayern Munich di Stadium Old Trafford pada Rabu.

Gol separuh masa kedua Kingsley Coman pada minit ke-70 cukup melebarkan rentak kemenangan Bayern, yang tidak tewas dalam aksi Kumpulan A untuk menamatkan saingan dengan 16 mata.

Iklan
Iklan

Kekalahan itu menambahkan lagi tekanan kepada pengendali United Erik ten Hag yang berdepan musim yang bergelora berikutan prestasi hambar jagoan Liga Perdana Inggeris tersebut.

Juara Eropah tiga kali itu perlu menewaskan Bayern pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan sambil berharap perlawanan Copenhagen menentang Galatasaray berakhir dengan keputusan seri.

Iklan

Sebaliknya kedua-duanya tidak berlaku apabila gol Coman jarak dekat untuk gergasi Bundesliga tersebut, menggembirakan penyokong lawan di Old Trafford.

Kekalahan itu juga menyaksikan United mengakhiri cabaran di kedudukan keempat dengan empat mata, sekaligus hilang slot ke Liga Europa kejuaraan tahap dua untuk pasukan dari Liga Juara-Juara.

Iklan

Dalam pada, itu, Copenhagen menang 1-0 di Denmark untuk menamatkan saingan dengan lapan mata dan mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, manakala Galatasaray menduduki tempat ketiga playoff Liga Europa dengan lima mata.

"Perlawanan yang bagus. Saya rasa seperti kami mengawal permainan dan mempunyai peluang yang lebih baik.

"Kami juga tenang dan tahu dalam permainan pantas boleh menghadirkan ancaman kepada mereka.

"Ya, sentiasa sukar apabila anda berada di kedudukan teratas, namun kami mempunyai motivasi yang baik dalam perlawanan ini. Seronok untuk mendapat kemenangan hari ini.

"Kami mempunyai keupayaan yang cukup untuk pergi jauh dalam pertandingan ini. Itulah cita-cita, untuk pergi dan memenangi kejuaraan ini," kata pemain Bayern Munich, Harry Kane.