SHAH ALAM - Pengeluar tilam terbesar di Malaysia, Goodnite International Sdn Bhd, (Goodnite) telah melancarkan kempen terbaharunya, ‘Tidur Lena, Hidup Sejahtera’ untuk memberi inspirasi kepada orang ramai menjalani kehidupan yang sihat serta tidur secukupnya.
Pengarah Urusan Kumpulan Goodnite, Teo Yek Ming, berkata, untuk menyokong usaha tersebut, Goodnite telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya (UM) mengenai Penyelidikan Tidur.
"MoU ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman syarikat mengenai demografi pengguna, tabiat tidur mereka dan nasihat untuk tilam yang sesuai.
"Melalui perkongsian ini, ketegasan akademik dan kepakaran industri akan bersatu untuk menyelesaikan masalah berkaitan pola tidur dan biomekanik serta memberikan cadangan yang sesuai untuk pilihan tilam terbaik untuk pelbagai kumpulan umur,” katanya dalam satu kenyataan.
Yek Ming berkata, tajuk penyelidikan UM untuk projek ini ialah Kajian Komprehensif tentang Corak Tidur dan Pengesyoran Peribadi untuk Pemilihan Tilam Optimum merentas Kumpulan Umur Berbeza.
Menurut beliau, MoU itu mewakili titik perubahan penting bagi syarikat kerana ia memerlukan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk baharu yang memenuhi keperluan dan permintaan pengguna.

Pengarah Urusan Kumpulan Goodnite, Mr Teo Yek Ming