Berita pilihan Oktober 2019

Iklan
Okt 1

1. Merajuk sebab salah 'set' pam minyak (3,813,503 bacaan)

SHAH ALAM - Video tular mengenai gelagat seorang penunggang motosikal yang merajuk di sebuah stesen minyak mencuit hati warganet.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 1 minit 21 saat itu dikongsi Firdaus Moetar dalam Facebooknya itu memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.

Okt 2

2. Raja Thailand lucut gelaran diraja, pangkat ketenteraan peneman diraja (2,720,312 bacaan)

Iklan

BANGKOK - Raja Thailand, Maha Vajiralongkon melucutkan pangkat diraja dan ketenteraan peneman diraja beliau, menurut kenyataan istana.

Menurut kenyataan itu, Sineenat Wongvajirapakdi, 34, melanggar tatacara kelakuan sebagai peneman diraja dan tidak setia kepada Raja.

Iklan

Pengumuman itu berlaku hanya beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai Peneman Diraja kepada Raja, Julai lalu.

Okt 3

3. 'Dendam' beruang sarkas (2,350,189 bacaan)

MOSCOW - Seekor beruang yang sedang membuat persembahan sarkas bertindak menyerang pelatihnya dalam satu kejadian menggemparkan di wilayah Karelia di Rusia.

Ketika insiden itu, haiwan terbabit sedang menolak kereta sorong apabila ia bertindak ganas dan menolak pelatihnya secara tiba-tiba.

Beruang itu turut menggigit kepala dan leher mangsa hingga mencetuskan panik dalam kalangan penonton terutama kanak-kanak yang turut menjerit selepas melihat haiwan itu mengamuk.

Okt 4

4. One2 4U2C meninggal dunia (2,078,887 bacaan)

BEKAS anggota kumpulan 4U2C, One2 dilaporkan telah meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.

Berita sedih tersebut dikongsi Datuk AC Mizal yang juga merupakan anggota kumpulan yang sama, menerusi Instagramnya.

5. Misteri gambar kemalangan dirakam sejam lebih awal (879,011 bacaan)

PELIK tapi benar. Seorang mangsa kemalangan terkejut apabila melihat dirinya pada gambar kemalangan yang dirakam 'sendiri' menerusi telefon bimbitnya, awal sejam sebelum kejadian itu berlaku.

Faizah Mohd Noh, 31, mendedahkan kemalangan itu berlaku pada 11 Oktober jam 7.30 pagi ketika dia memandu sendirian Perodua Axia di Taman Wira Mergong, Kota Setar, Kedah di sini.