'Rombakan Kabinet bukti Anwar peka keperluan semasa negara'

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

PASIR PUTEH - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Negara (Amanah) Nasional, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan rombakan Kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peka kepada keperluan semasa.

Beliau berkata, keputusan tersebut memberi gambaran Ahli Parlimen Tambun itu terbuka dalam menerima teguran dan pandangan pelbagai pihak.

Iklan
Iklan

"Jadi saya harap semua yang diberi tanggungjawab itu mampu menggalasnya dengan sebaik mungkin," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program penyerahan Sumbangan Tunai Rahmah di Institut Latihan Kenaf dan Tembakau (INSKET) di sini pada Rabu.

Menurut beliau, pemilihan beberapa kementerian memperlihatkan kesungguhan Anwar yang mahu sebuah kerajaan lebih mantap dalam mentadbir negara.

Iklan

Pada Selasa, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra.

Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Iklan