Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra

Iklan
Ramanan mengimbas kehadiran bagi memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Datuk R Ramanan yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) sehingga kini.

"Status-quo kekal,” katanya sebagai mengulas status jawatan itu apabila ditanya media, semasa ditemui selepas mengimbas kad perakam waktu di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di sini hari ini sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu dilantik sebagai Pengerusi Mitra pada bulan April lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan semalam Anwar mengumumkan pelantikan Ramanan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, mengambil tempat K.Saraswathy yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Perpaduan.

Ramanan mendengar taklimat pada hari pertamanya memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). - Foto Bernama

Sementara itu, Ramanan berkata, beliau telah diberi taklimat mengenai pencapaian serta agenda KUSKOP untuk tahun 2023, di samping beberapa aspirasi yang telah digariskan bagi 2024, dan beliau beriltizam untuk meneruskan idea kementerian bagi mewujudkan ekosistem holistik bagi usahawan dalam negara.

Iklan

Antara aspirasi yang digariskan termasuk meningkatkan penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri berimpak tinggi bagi memperkasa rantaian bekalan domestik dan rantaian nilai global serta meningkatkan kapasiti dan keupayaan usahawan agar lebih kalis cabaran dan berdaya maju.

Ramanan berkata, beliau akan berbincang Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bagi mencari kaedah untuk menghasilkan komuniti usahawan yang lebih ramai. - Bernama

Iklan