Hospital Melaka cari waris pesakit

Iklan
Chye Boon Chiang

MELAKA - Hospital Melaka sedang mencari waris kepada dua orang pesakit yang kini sedang dirawat di hospital berkenaan.

Pesakit pertama, seorang wanita dikenali sebagai Kanagavali berusia lingkungan 30-an dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 26 Disember lalu dan kini dirawat di Wad 4-3.

Iklan
Iklan

Menurut Timbalan Pengarah Perubatan (Kanan) Hospital Melaka, Dr Zulkarnain Mohd Rawi, berdasarkan maklumat pesakit itu beralamat terakhir di Kota Laksamana.

Chye Boon Chiang

Manakala pesakit kedua, seorang warga emas lelaki bernama Chye Boon Chiang, berusia 62 tahun yang dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 3 Januari lalu dan kini dirawat di Wad 2-3, Blok Baru serta mempunyai alamat terakhir bernombor 862-4 Batu 3, Bukit Baru.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keluarga pesakit ini diminta menghubungi Unit Perhubungan Awam hospital di talian 06-2892344 sambungan 2072/2056.


"Mereka juga boleh menghubungi Wad 4-3 di talian 06-2892344 sambungan 2980/2981 atau sambungan 2930/2932 untuk Wad 2-3,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan