Lelaki berambut panjang, dilarang ikat rambut ketika solat

Iklan
KEPADA lelaki yang berambut panjang, jangan ikat rambut ketika menunaikan solat.

TIDAK dinafikan, ramai juga lelaki berambut panjang. Cuma ketika menunaikan solat, sebaiknya elakkanlah daripada ikat rambut.

Sinar Islam ada alasan kukuh mengapa perbuatan itu tidak dibenarkan.

Iklan
Iklan

"Demikian menurut para ulama. Bahkan, mereka mengatakan, lebih baik membiarkan rambut tidak diikat semasa solat.

"Walaupun makruh, tetapi solat dalam keadaan berikat rambut tetap dianggap sah dan tidak perlu mengulanginya semula,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Maktabah Albakri.

Iklan

Mengukuhkan lagi faktanya, Zulkifli kemudian mengemukakan pandangan yang dinukilkan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.

DR ZULKIFLI

Iklan

"Dalam kitab itu, para fuqaha bersepakat akan kemakruhan mendirikan solat dalam keadaan rambut terikat bagi lelaki. Mengikat rambut di sini bermaksud menjalinkan rambut di sekitar kepada sebagaimana dilakukan oleh para wanita atau mengumpulkan rambut dan mengikatkannya di belakang kepala.

Ia selari dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA bahawa: "Beliau melihat Abdulla bin al-Harith solat dalam keadaan rambutnya diikat di bekalang. Beliau (Ibn Abbas) lantas bangkit dan melepaskan ikatan tersebut. Apabila dia selesai (solat), lantas dia menghadap Ibn Abbas dan bertanya:"Mengapa kamu lakukan pada rambutku demikian?” Lalu Ibn Abbas menjawab:"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Perumpamaan orang ini (yang solat dengan mengikat rambutnya) seperti orang yang solat sedangkan kedua tangannya diikat ke belakang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rupanya, larangan tersebut mempunyai asasnya tersendiri.

Menurut Zulkifli, Ibn al-Athir dalam kitab al-Nihayah fi Gharib al-Hadith menyebut, apabila orang yang solat dalam keadaan rambutnya diuraikan (tidak diikat), maka rambut tadi akan jatuh ke tanah ketika sujud sehingga pemiliknya akan diberikan pahala sujud.

"Sebaliknya, andai seseorang lelaki mengikat rambutnya. Jadi ia termasuk dalam makna orang yang tidak sujud. Ia diumpamakan dengan orang yang terikat kedua tangannya kerana anggota berkenaan tidak dapat menyentuh tanah ketika sujud sepertimana rambut yang diikat ke belakang tidak dapat menyentuh tanah sewaktu bersujud,” katanya.

LEPASKAN ikatan rambut ketika solat.

Bagaimana pula dengan kaum Hawa yang solat dalam keadaan mengikat rambut?

"Dalam Nail al-Autar, ini kerana rambut wanita adalah aurat yang wajib ditutup dalam solat. Apabila mereka melepaskan ikatan rambut, boleh jadi ia akan terurai dan sukar untuk menutupnya sehingga membatalkan solat,” katanya.