Zara tarik balik iklan kontroversi sindir genosid di Palestin

Iklan
Salah satu imej yang dipaparkan Zara untuk kempen baharu tersebut yang mengundang kecaman banyak pihak. - Foto: Agensi

MADRID - Susulan berdepan desakan langkah boikot yang semakin meningkat, jenama terkenal, Zara akhirnya akur untuk menarik semula kempen iklan kontroversi yang didakwa menyindir penderitaan penduduk di Genting Gaza.

Ketika menjawab tentang isu itu pada Selasa, peruncit fesyen terbesar di dunia yang dimiliki Inditex berpusat di Sepanyol itu menafikan dakwaan tidak menjaga sensitiviti seperti dikritik banyak pihak.

Iklan
Iklan

"Segelintir pelanggan berasa tersinggung dengan imej sedemikian. Mereka menggambarkan perkara lain yang merujuk kepada sindiran terhadap penduduk Gaza berbanding idea sebenar yang cuba kami tonjolkan," ujar Zara dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, kempen pengiklanan itu mendapat ilham pada Julai dan sesi penggambaran dibuat pada bulan September, kira-kira sebulan sebelum konflik Hamas-rejim Zionis tersebut bermula.

Iklan

"Idea asal adalah untuk mempersembahkan imej arca belum siap di studio pengukir dengan tujuan mempamerkan pakaian buatan kraf dalam konteks artistik.

"Kami kesal dengan salah faham ini dan menghormati pandangan semua pihak," jelasnya lagi. - Agensi

Iklan