TFC gagal tempah slot ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC

Iklan
Pemain Terengganu, FC Sony Norde (kiri) diasak pemain Bali United FC, Jean Marie Mbarga (dua, kiri) pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam Rabu. - Foto Bernama

IMPIAN Terengganu FC (TFC) untuk mara ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN bagi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak kesampaian.

Walaupun berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bali United FC pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini malam ini, TFC gagal menghasilkan jaringan besar untuk mengatasi kelab Kemboja, Phnom Penh Crown FC, naib juara Kumpulan F untuk layak ke peringkat kalah mati.

Iklan
Iklan

Babak pertama menyaksikan penguasaan tuan rumah dengan percubaan Habib Haroon pada minit ke-21 yang berjaya ditepis keluar penjaga gol lawan, Muhammad Ridho.

Pemain Terengganu FC, Muhammad Shahrul Nizam (kanan) mengasak pemain Bali United FC, Ilija Spasojevic (dua, kanan) pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam Rabu. - Foto Bernama

Ia diikuti percubaan pemain muda, Syahmi Zamri pada minit ke-23 yang menyambar umpanan cantik Nor Hakim Hassan, tetapi gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Iklan

Hanya pada minit ke-39, tuan rumah berjaya menemui rentak dan meledak gol pertama menerusi pemain import kelahiran Haiti, Sony Norde yang merembat kencang dari luar kotak penalti.

Pemain Terengganu FC, Ivan Mamut (kanan) diasak pemain Bali United FC, Kadek Arel Priyatna (kiri) pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam Rabu. - Foto Bernama

Bersambung babak kedua, TFC yang terdesak untuk mengumpul lebih banyak jaringan terus menggandakan asakan tetapi berjaya dikekang pertahanan lawan.

Iklan

Namun dua minit sebelum masa perlawanan tamat, skuad Penyu berjaya menambah gol kedua menerusi pemain gantian, Sardor Kulmatov menolak masuk bola ke dalam gawang hasil hantaran Nurillo Tukhtasinov. - Bernama