Sebahagian jalan tutup sempena Larian IRUN To 2020 Shah Alam Night Run

Iklan
Majlis Bandaraya Shah Alam

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi melancarkan penganjuran Acara ‘Larian IRUN To 2020 Shah Alam Night Run pada esok.

Larian IRUN To 2020 Shah Alam Night Run dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Iklan
Iklan

MBSA menerusi kenyataan hari ini memaklumkan jalan yang terlibat adalah Persiaran Bandar Raya, Persiaran Perbandaran, Persiaran Damai, Persiaran Masjid, Persiaran Tasik dan Jalan Majlis.

"Kesemua jalan ini akan ditutup mulai jam 9.45 malam ini sehingga 12 tengah malam.

Iklan

"Orang ramai dinminta tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan oleh pihak MBSA," katanya.

Katanya, MBSA memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui.

Iklan