'Usah ajar saya bagaimana mahu bersabar...'

Iklan
Ibu penyabar itu turut berkongsi bagaimana dia menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menampal semula kesemua cebisan wang tersebut. - Foto: Agensi

JAKARTA - Insiden yang menimpa sebuah keluarga di Indonesia ini pastinya menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa yang bergelut dengan masalah kewangan.

Seorang ibu di Indonesia masih mampu menahan sabar selepas mendapati anaknya menggunting wang kertas bernilai 1,000 rupiah (30 sen) hingga 100,000 rupiah (RM30).

Iklan
Iklan

Pengguna TikTok, mahisaka_ berkongsi 'kisah duka' itu menerusi platform tersebut dengan tajuk 'usah ajar saya bagaimana mahu bersabar'.

Menerusi sebuah lagi klip, wanita itu menceritakan wang tersebut adalah untuk perbelanjaan barangan dapur bagi tempoh sebulan buat keluarganya.

Iklan

Ibu itu juga menyatakan bagaimana dia boleh bersabar dan meminta penjelasan anak perempuannya.

"Saya hanya mahu menggunting sesuatu," ujar si kecil itu ketika disoal ibunya.

Iklan

Wanita itu bagaimanapun menggunakan pendekatan lembut dan meminta anaknya tidak melakukan kesalahan yang sama lagi.

Paling menyayat hati, ibu penyabar itu turut berkongsi bagaimana dia menghabiskan masa selama beberapa jam demi untuk menampal semula kesemua cebisan wang tersebut dan menerima pelbagai reaksi pengguna TikTok.

Menurut Bank Indonesia, wang kertas yang sudah rosak boleh ditukar sekiranya masih terdapat tanda keaslian, namun tidak menyebut tentang wang yang digunting secara tidak sengaja. - Agensi