Kerang di Teluk Likas, Sabah sedap tapi bahaya

Iklan
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengutip dan memakan kerang-kerangan dari perairan Teluk Likas. Gambar hiasan - Foto 123rf

LIKAS - [DIKEMAS KINI] Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kassim mengeluarkan satu notis amaran mengenai kes positif racun Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) yang dikesan di perairan Teluk Likas di sini.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan tahap racun berkenaan didapati melebihi paras bahaya yang menyebabkan kerang-kerangan di perairan berkenaan menjadi beracun dan boleh memudaratkan kesihatan orang ramai jika dimakan.

Iklan
Iklan
"Sebagai langkah berjaga-jaga dinasihatkan agar orang awam tidak mengutip dan memakan kerang-kerangan dari kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perikanan Sabah akan memantau dari semasa ke semasa perkembangan pencemaran PSP sebagai langkah berjaga-jaga.

PSP dihasilkan sejenis alga atau plankton yang membiak di perairan pantai barat Sabah termasuk di Teluk Likas di sini, biasanya ketika musim panas pada akhir dan awal tahun.

Iklan

Selain Teluk Likas, antara lokasi lain yang sering dikesan kehadiran PSP di Sabah ialah di perairan Tuaran dan Tasik Sitompok, Kuala Penyu.

Kerang-kerangan adalah antara hidupan laut yang dikesan sering dicemari PSP apabila tiba fenomena air merah, manakala ikan masih selamat dimakan dengan membuang insangnya.

Iklan

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai situasi ‘kerang beracun Teluk Likas’ boleh diajukan kepada pegawai bertugas di Kompleks Perikanan Likas melalui talian 088-425890 dan 013-8668440 atau Penguasa Perikanan Daerah Kinabalu di talian 019-8620401.