KUCHING - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui maut selepas dipercayai terhumban ke dalam longkang di Jalan Kampung Pemindahan, Marudi pada pagi Khamis.
Mangsa, yang identitinya disahkan sebagai Calroney Charlse, 15, ditemui terbaring di dalam longkang berkenaan oleh orang awam, yang kemudiannya memaklumkan kepada Balai Bomba Marudi sekitar jam 7.20 pagi.