Bekas Presiden ABIM tawar diri tanding Pengerusi Bersih

Iklan
Pengumuman untuk bertanding jawatan itu dibuat Muhammad Faisal menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis.

SHAH ALAM - Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz menawarkan diri untuk bertanding jawatan Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dalam pemilihan pertubuhan itu nanti.

Muhammad Faisal berkata, beliau berharap dapat memimpin Bersih menjadi gerakan rakyat untuk membina ruang demokrasi yang berkesan sekiranya dapat menerajui pertubuhan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk menjadi Pengerusi Bersih," katanya.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis.

Iklan

Terdahulu pada 19 November lalu, Pengerusi Bersih, Thomas Fann meletak jawatan dengan memberikan notis dua bulan susulan mengakui tidak mampu untuk memimpin jawatankuasa berkenaan yang sudah dibahagikan.

Thomas berkata, pasukannya berkempen untuk membawa Bersih sebagai institusi rakyat, manakala bekas Pengerusi Persatuan Pemuda Baru (UMANY), Wong Yan Ke mendesak untuk mengembalikan semula Bersih menjadi Gerakan Rakyat.

Iklan

Menurut Thomas lagi, beliau akan berganjak dan memberi ruang kepada pembentukan jawatankuasa dengan pemilihan pengerusi baharu yang akan membawa aspirasi berkenaan.

Susulan peletakan jawatan itu, Bersih akan mengadakan pemilihan secepat mungkin untuk menggantikan Thomas.

Sekretariat Bersih dalam kenyataan berkata jawatankuasa pemilihan akan dibentuk untuk menjalankan proses itu, manakala notis pencalonan dan tempoh berkempen akan diumumkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) di bawahnya dalam masa terdekat.

Muhammad Faisal sebelum ini memimpin ABIM dari 2019-2021.

Beliau juga merupakan Setiausaha Agung ABIM dari tahun 2013 hingga 2019.