Kelantan dilanda banjir lagi

Iklan
Kelantan dilanda banjir lagi apabila hujan tanpa henti sejak Rabu. - Foto JBPM

KOTA BHARU - Kelantan dilanda banjir lagi apabila hujan tanpa henti sejak Rabu telah menyebabkan 271 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada Khamis.

Banjir kali ini melibatkan dua jajahan iaitu Kuala Krai dan Tanah Merah.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, empat keluarga di Kelewek, Tanah Merah terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka ditenggelami banjir kilat.

Banjir kali ini melibatkan dua jajahan iaitu Kuala Krai dan Tanah Merah.

"Mereka semua ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek seramai 11 orang," katanya kepada pemberita.

Iklan

Di jajahan Kuala Krai enam PPS sudah diaktifkan iaitu di Pejabat Veterina, Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang, Madrasah Kampung Sepuluh, Masjid Cuchuh Puteri A, Pusat Komuniti Chucuh Puteri A dan Madrasah Chucuh Puteri A.

Empat keluarga di Kelewek, Tanah Merah terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka ditenggelami banjir kilat.

PPS Pusat Komuniti Chucuh Puteri A menempatkan mangsa paling ramai setakat ini iaitu 61 orang, diikuti Madrasah Kampung Sepuluh (60), SK Chenulang (53) dan Masjid Chucuh Puteri A (35).

Iklan

Sementara itu, Madrasah Chucuh Puteri A (33) dan Pejabat Veterina (18).