Salahkah jika kita suka kumpul barang?

Iklan
LARANGAN kita menjadi seorang ‘hoarder’ (pengumpul) itu pada hakikatnya untuk mencegah diri daripada menjadi seorang yang tamak dan membazir. -Gambar hiasan

SEGELINTIR orang memang gemar kumpul barang atau koleksi tertentu. Kelompok itu lazimnya digelar sebagai ‘hoarder’.

Dek kerana banyak perkongsian sejak akhir-akhir ini yang berkisarkan tentang segala pemilikan kita bakal dihisab pada hari akhirat kelak, golongan tersebut mula resah.

Iklan
Iklan

Bukanlah menyimpan benda yang bukan-bukan, adakalanya koleksi dikumpul itu merupakan item yang sangat mereka minati. Malah, ada yang dijadikan sebagai hobi masing-masing.

Begitu juga adakalanya barangan tersebut jarang dipakai, tetapi masih tetap akan dicari dan digunakan walaupun mungkin hanya empat kali dalam setahun.

Iklan

Seorang pengguna akaun platform X, @ Muzuzxck berkongsikan tentang hantaran mengenai ‘hoarder’.

Beliau yang dikenali sebagai Muzuza dan merupakan seorang penulis buku kerohanian itu menjelaskan, sememangnya terdapat sebuah hadis yang memerihalkan tentang perkara itu.

Iklan

Nabi Muhammad SAW pernah bertanyakan Bilal RA yang di sisinya terdapat simpanan tamar. Lalu Baginda bertanyakan: "Untuk apa ini?” Jawab Bilal:"Daku menyimpannya.”

Sabda Baginda SAW:"Tidakkah kamu takut, akibatnya nanti kamu akan dibakar ke dalam neraka jahannam? Infak wahai Bilal, jangan kamu takutkan ALLAH yang memiliki ‘Arasy menyempitkan rezekimu.” (Hadis Riwayat at-Tabarani dan al-Baihaqi)

-Gambar hiasan

Jelas Muzuza, dalil itu terdapat khilaf dalam kalangan ulama berkenaan hadis tersebut.

"Ada ulama menilainya sebagai hasan, ada pula yang sebaliknya,” tulisnya pada hantaran aplikasi X miliknya.

"Adakah salah menjadi orang kaya? Tidak salah sama sekali, bahkan Nabi Muhammad SAW mendoakan Anas supaya banyak harta, tetapi jangan bersifat tamak dan kedekut daripada berinfak,” katanya.

Jelas beliau, larangan kita menjadi seorang ‘hoarder’ (pengumpul) itu pada hakikatnya untuk mencegah diri daripada menjadi seorang yang tamak dan membazir.

"Tidak salah untuk kita menyimpan duit atau harta untuk kegunaan masa hadapan. Begitu juga tidak salah jika kita menyimpan barang secara mutlak. Cuma dilarang berbuat demikian jika sampai memberi kesan iaitu kita menjadi kedekut atau takut untuk berinfak.

Glosari

Hadis hasan: Dikenali dengan banyaknya (jalur) dan perawi tidak semasyhur seperti perawi bagi hadis yang sahih. Malah, ada hadis yang diketahui sumber-sumbernya dan dikenali para perawinya atau hadis yang bersambung sanadnya oleh perawi adil, tetapi kurang tahap hafalannya dan terselamat daripada kecacatan.

Pendek kata, hadis hasan termasuk dalam kategori hadis sahih dan ia juga boleh dijadikan hujah.