Sultan Johor rasmi Menara Hasil Kluang

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama orang ramai yang hadir pada majlis perasmian Menara Hasil Kluang.- Foto Royal Press Office

KLUANG - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Menara Hasil Kluang di sini pada Khamis.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi.

Iklan
Iklan
Sultan Ibrahim menyempurnakan majlis perasmian Menara Hasil Kluang, pada Khamis.- Foto Royal Press Office

Menara Hasil Kluang, setinggi lapan tingkat itu terletak di Jalan Batu Pahat dan mula dibina pada 2016 dan siap sepenuhnya pada 2019.

Bangunan ini juga menjadi yang pertama di daerah Kluang untuk mendapat pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI), sebuah pengiktirafan berdasarkan konsep kelestarian serta penggunaan sumber yang cekap.

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama orang ramai yang hadir pada majlis perasmian Menara Hasil Kluang. - Foto Royal Press Office

LHDN Cawangan Kluang mula beroperasi pada 1 Januari 1972 dan merupakan pejabat Jabatan Hasil Dalam Negeri yang kedua di negeri Johor.

Kawasan pentadbirannya meliputi daerah Kluang dan Batu Pahat, dengan kedudukan strategiknya Bandar Kluang sebagai lokasi pentadbiran percukaian.

Iklan