Skandal dana politik: 3 menteri Jepun letak jawatan

Iklan
Seramai tiga menteri Jepun meletak jawatan pada Khamis di tengah-tengah skandal dana politik yang tertumpu kepada parti LDP. - Foto Agensi

TOKYO - Seramai tiga menteri Jepun meletak jawatan pada Khamis di tengah-tengah skandal dana politik yang tertumpu kepada kumpulan terbesar dalam parti yang memerintah Liberal Democratic Party (LDP), Xinhua memetik laporan media tempatan.

Mereka ialah Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Yasutoshi Nishimura; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, Junji Suzuki, dan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Ichiro Miyashita.

Iklan
Iklan

Menurut penyiar NHK, menteri itu menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing pada pagi Khamis.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno dijangka melakukan perkara sama pada Khamis semasa sidang media.

Iklan

LDP baru-baru ini menjadi tumpuan berikutan dakwaan bahawa kumpulan terbesarnya gagal mengisytiharkan ratusan juta yen dalam hasil pengumpulan dana dalam laporan pembiayaan politik, mungkin mengumpulkan dana rahsia.

Sementara itu, Sputnik melaporkan Matsuno mengumumkan peletakan jawatannya di tengah-tengah skandal sogokan yang hangat diperkatakan.

Iklan

"Terdapat pandangan berbeza mengenai dana parti politik sekarang. Kepercayaan rakyat terhadap politik semakin berkurangan kerana itu. Terdapat perbezaan mengenai laporan dana politik saya juga.

"Untuk memastikan bahawa tidak ada gangguan dalam politik negara, hari ini saya menyerahkan surat kepada Perdana Menteri (Fumio) Kishida meminta beliau melepaskan saya daripada jawatan Ketua Setiausaha Kabinet," kata Matsuno dalam satu sidang media. -- Bernama-Agensi