Syria sekali lagi uji Harimau Malaya

Iklan
Aksi Harimau Malaya dan Syria dalam aksi persahabatan di Chengdu, China pada September lalu.

SYRIA bakal menjadi lawan Harimau Malaya dalam aksi pemanas badan pada Januari ini sebelum mengharungi tugasan mencabar di Piala Asia yang akan berlangsung di Doha, Qatar.

Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Syria di laman Instagram mereka pada Khamis dengan perlawanan tersebut akan berlangsung pada 8 Januari depan.

Iklan
Iklan

Selain bertemu Malaysia, pasukan di ranking ke-91 dunia itu terlebih dahulu akan menentang Kyrgyzstan pada 5 Januari.

"Pengurusan skuad kebangsaan mengesahkan dua perlawanan persahabatan dengan Kyrgyzstan dan Malaysia sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Piala Asia - Qatar 2023," kata persatuan itu di laman Instagram mereka.

Iklan

Untuk rekod, Malaysia pernah bertemu Syria sebanyak lima kali dengan kali terakhir skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya mengikat pasukan itu 2-2 dalam aksi persahabatan pada 6 September lalu di Chengdu, China.

Sebelum ini, skuad negara menerima tamparan hebat apabila pengendali Arab Saudi, Roberto Mancini telah meminta untuk membatalkan aksi persahabatan dengan pasukan Harimau Malaya.

Iklan

Mancini melihat kemungkinan bakal bertemu Malaysia di pusingan 16 terbaik Piala Asia sebagai alasan untuk membatalkan perlawanan persahabatan itu.

Pembatalan oleh pasukan di ranking ke-56 dunia itu menyaksikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu bergerak pantas untuk mencari pengganti dan kesediaan Syria untuk menguji Harimau Malaya membolehkan badan induk bola sepak negara itu menarik nafas lega.