Rombakan Kabinet bukti Kerajaan Perpaduan kurang berkesan - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan rombakan Kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan Kerajaan Perpaduan kurang berkesan.

Beliau berkata, hal ini kerana proses tersebut dilakukan selepas setahun Anwar mentadbir negara.

Iklan
Iklan

"Maknanya barisan Kabinet sebelum ini kurang berkesan kerana rombakan dilakukan dalam tempoh setahun.

"Diharap selepas ini lebih berkesan, itulah harapan kita," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Iklan

Beliau ditemui semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2023 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di sini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, Pas mahu kerajaan mengotakan janji membela rakyat termasuk saiz Kabinet sebagaimana yang diwar-warkan.

Iklan

Ujarnya, pembangkang tidak mahu kerajaan mengamalkan konsep cakap tidak serupa bikin.

"Harap kerajaan bertanggungjawab dengan apa yang dikatakan sebelum ini," kata beliau.

Takiyuddin berharap mereka yang dipilih untuk berada dalam saf Kabinet melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.