Coca-Cola guna botol rPET tangani pembuangan plastik

Iklan
Khairul Anwar (tengah) bersama Wan Ahmad dalam gimik pelancaran botol rPET di Plaza Equatorial. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Coca-Cola Malaysia menggunakan botol jenis kitar semula (rPET) bagi menangani pembuangan plastik sebagai inisiatif ke arah perniagaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kemampanan Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Khairul Anwar Ab Ghani berkata, inovasi tersebut penting bagi menyumbang ke arah kelestarian alam dan sejajar dengan hasrat kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia negara rendah karbon menjelang 2050.

Iklan
Iklan
Khairul - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menurutnya, antara produk yang menggunakan plastik rPET adalah Coca-Cola Original Taste dan Coca-Cola Zero Sugar 500 mililiter (ml).

"Kami berhasrat menggunakan botol plastik daripada bahan kitar semula secara menyeluruh menjelang 2030.

Iklan

"Setakat ini beberapa negara seperti Indonesia, Myanmar, Vietnam, Thailand dan Singapura turut menggunakan botol daripada rPET.

"Misi kami adalah memastikan bahan kitar semula daripada tin minuman dan botol plastik dapat digunakan semula sebagai langkah melestarikan alam sekitar,” katanya dalam majlis pelancaran Bottle Recycled-PET (rPET) Coca-Cola Malaysia di Plaza Equatorial, di sini pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Khairul Anwar, bagi menjayakan misi tersebut beberapa syarikat seperti AEON Malaysia,Hiroyuki Industries dan Trqsh4Cash turut bersama-sama membantu mengumpulkan botol plastik untuk diproses menjadi resin.

Khairul Anwar (kanan) dan Wan Ahmad Syazwan melakukan gimik pelancaran pada Pelancaran Botol Recycled-PET Coca-Cola Malaysia di Plaza Equatorial pada Khamis. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Jelasnya, walaupun syarikat menggunakan bahan alam sekitar, namun tiada kenaikan harga terhadap semua produk keluarannya.

"Kita mempunyai kilang memproses dan pembuatan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk menghasilkan botol kitar semula.

"Matlamat kami adalah untuk terus menggunakan bahan kitar semula dengan melibatkan diri secara aktif untuk masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Barisan Hadapan Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kelestarian (PACS), Wan Ahmad Syazwan Mohamed berkata, dengan memperkenalkan rPET sebagai produk utama pembungkusan ia dapat mengurangkan sisa plastik di Malaysia.

Wan Ahmad Syazwan - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ulasnya, dengan menggunakan tagline ‘dari botol jadi botol’ mengajak pengguna untuk menyumbang barangan kitar semula sebagai alternatif membantu ke arah perniagaan yang mampan.

"Kami juga mengembangkan program pengumpulan barangan kitar semula menerusi kerjasama dengan pihak industri supaya membantu menyumbang kepada ekonomi lestari.

"Inisiatif ini menggalakkan masyarakat bahawa barangan seperti plastik, kaca dan tin mampu mengubah masa depan yang lebih baik,” katanya.