Anak Krakatau muntahkan debu setinggi 2,000 meter

Iklan
Para penduduk dan pelancong tidak dibenarkan menghampiri kawasan itu dalam lingkungan dua kilometer dari kawah Anak Krakatau. - Foto: Agensi

JAKARTA - Gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda kembali meletus pagi tadi dan membebaskan debu setinggi 2,000 meter ke permukaan udara.

Situasi itu menyebabkan para penduduk dan pelancong tidak dibenarkan menghampiri kawasan dalam lingkungan dua kilometer dari kawah.

Iklan
Iklan

Sejak 25 Mac lalu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) telah meningkatkan tahap amaran Krakatau.

Aktiviti vulkanik di gunung berapi tersebut dilaporkan meningkat sejak 18 Jun 2018 disusuli siri letusan pada September 2018 hingga Februari 2019.

Iklan
Iklan

Letusan terakhir dilaporkan berlaku semalam dan turut menghasilkan debu setinggi 200 meter. - Agensi