Angka maut serangan bom di Somalia meningkat 81 orang

Iklan
Pasukan penyelamat masih meneruskan misi pencarian mangsa yang terkorban selepas memasuki hari ketiga sejak Sabtu lalu. - Foto: AFP

MOGADISHU - Angka kematian akibat serangan bom kereta di ibu kota Somalia meningkat kepada 81 orang selepas pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa yang hilang, kata seorang jurucakap kerajaan semalam.

Sehingga kini masih tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab walaupun Presiden Somalia, Mohamed Abdullahi Mohamed menyalahkan kumpulan Islam Al-Shabaab.

Iklan
Iklan

Kumpulan itu secara berterusan melakukan pengeboman kereta dan serangan lain lebih sedekad lalu sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggulingkan kerajaan.

"Jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban ketika ini adalah 81 orang manakala dua lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka," kata jurucakap kementerian komunikasi Somalia, Ismail Muktar kepada AFP hari ini.

Iklan

Katanya, salah sorang daripadanya adalah mangsa cedera yang dipindahkan ke Turki dengan sebuah pesawat tentera Turki semalam dan jumlah kematian dijangka meningkat kerana operasi menyelamat baru memasuki hari ketiga.

Lebih 20 orang telah disenaraikan sebagai hilang selepas serangan itu, 12 daripadanya telah dikenal pasti manakala lima lagi ditemui mati dan masih ramai lagi yang tidak diketahui nasib mereka.

Iklan

Seramai 125 orang cedera dalam kejadian itu dengan sekurang-kurangnya 16 yang terbunuh adalah pelajar dari Universiti Banadir yang sedang menaiki bas ketika insiden berlaku.

Kejadian yang berlaku di persimpangan sibuk di Mogadishu Sabtu lalu dianggap serangan paling dahsyat di negara itu dalam tempoh dua tahun selepas trak meletup pada 2017 yang mengorbankan 500 nyawa. - AFP.