KUALA LANGAT - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan mati lemas ketika berenang bersama beberapa rakannya di sebuah tasik di Bandar Saujana Putra dekat sini pada Khamis.
Empat rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian di tasik Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Khamis. - Foto: Bomba Selangor
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.33 pagi.