Kelantan belanja RM12.8 juta jayakan kempen Kelantanku Bersih

Iklan
Mohd Nassuruddin (tengah) merasmikan Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2023 di Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM12.8 juta bagi menjayakan kempen Kelantanku Bersih pada tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassaruddin Daud berkata, pihaknya berharap peruntukan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam merancakkan lagi aktiviti-aktiviti kebersihan.

Iklan
Iklan

Mohd Nassaruddin (dua,kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2023 di Kota Bharu pada Khamis.


"Selain itu saya juga mahu, PBT menggunakan bayaran IS atau Wang Perkhidmatan Kemajuan Fasa 1 yang berjumlah RM3.17 juta untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan masing-masing," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2023 di sini, pada Khamis.

Mohd Nassuruddin memberitahu, menjadi harapan pihaknya supaya tumpuan berterusan diberikan kepada usaha meningkatkan kesedaran dan komitmen masyarakat bagi mencapai hasrat untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri yang bersih berteraskan Penghayatan Membangun Bersama Islam.

Iklan

Beliau yakin kejayaan Kelantanku Bersih akan dapat dicapai melalui pendekatan berikut iaitu kesedaran dan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat dan perlu melibatkan seluruh kepimpinan komuniti.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) muncul johan bagi kategori video Kelantanku Bersih

Ujarnya, selain itu dengan memperkukuhkan undang-undang, peraturan dan penguatkuasaan yang melibatkan kebersihan.

Iklan

Tambah beliau, PBT perlu tegas dalam menguatkuasakan undang-undang yang melibatkan kebersihan terutama di pusat pembuangan sampah dan tempat tumpuan para pengunjung dan pelancong.

"Setiap lapisan masyarakat perlu berganding bahu membentuk synergy untuk menjaga kebersihan.

"Saya berharap dan menggalakkan orang ramai terlibat lebih proaktif dalam program komuniti tempatan seperti rakan strategik Kelantaku Bersih, sekali gus bertindak sebagai mata-mata dalam membantu dan memudah cara agensi berwajib," katanya.