Kenderaan JPJ terbalik, seorang pegawai cedera

Iklan
Keadaan kenderaan JPJ dinaiki tiga pegawai yang terbabas sebelum terbalik di Kilometer 152 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan pada Khamis.

TEMERLOH - Tiga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdepan detik cemas selepas kenderaan jabatan yang dinaiki terbabas melanggar tebing sebelum terbalik di Kilometer 152 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan di sini pada Khamis.

Dalam nahas kira-kira jam 10.30 pagi itu, penumpang belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Mohd Fauzi Yusop, 45 dilaporkan cedera.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan.

Menurutnya, pemandu, Mohd Hilmi Mamat, 34, dan penumpang hadapan, Nazaruddin Hashim, 56, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

"Siasatan awal di lokasi mendapati, kemalangan berlaku ketika tiga pegawai JPJ cawangan Temerloh itu dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar tebing di laluan bertentangan sebelum terbalik," katanya.

Iklan

Mazlan berkata, kemalangan tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.