Potong 'Q' lorong di lebuh raya undang kecaman netizen

Iklan
Tular sebuah kereta memotong barisan undang kecaman netizen.

KUALA LUMPUR - Penularan video memaparkan sebuah kenderaan memotong barisan di lebuh raya menerima kecaman netizen.

Video berdurasi 45 saat yang memaparkan kereta jenis Proton Perdana telah memberi 'signal' untuk memasuki lorong di hadapan kereta jenis Honda namun tindakannya memecut laju dari arah belakang terus memasuki barisan kenderaan itu.

Iklan
Iklan

Pada awal video yang dimuat naik di Twitter MyWatch, pemandu Honda tidak memberi laluan untuk kereta Perdana memasuki lorongnya namun akhirnya mengalah dan memberi laluan.

"Ini Jalan Besar, dekat rumah saya. Kalau nak masuk 'queue' untuk u-turn, masuklah sebelum jambatan. Kalau masuk selepas jambatan tu, sila u-turn di susur keluar depan lagi. Ni nampak sangat mencilok," ciap Hussaini Khairudin.

Iklan

Kenyataan itu juga mendapat sokongan dari Muhd Zahari dengan memberitahu,"Orang yang nak U turn memang dah siap-siap berada kanan dari sebelum 'South city' kot. Sebelum 'construction' MRT dah sesak, bila 'construction' lagi la orang yang beratur awal hilang sabar." ujarnya.

Tambah @Ashraaaafff pula,"Jenis macam ni takleh tahan. Dah lah nak masuk lorong orang terjah dari belakang, lambat bagi signal. Orang depan tu mana lah nak nampak signal atau niat kamu masuk tu. Bawa kereta pun xxxx lagi. Nak masuk lorong orang sentiasa mesti hadapan kereta yang nak potong supaya orang itu waspada."

Iklan