Banjir gelombang kedua di Kelantan catat 821 mangsa

Iklan
Anggota PDRM membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Dusun Rendah, Sungai Durian, Kuala Krai. - Foto: PDRM, Gambar kecil: Abd Fatah

KOTA BHARU - Banjir gelombang kedua yang melanda Kelantan pada Khamis menyaksikan seramai 821 orang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jajajan yang terlibat ialah Kuala Krai dan Tanah Merah apabila 212 keluarga ditempatkan di 16 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Anggota APM memantau kawasan banjir di Kampung Chuchuh Puteri, Kuala Krai. Foto: APM

Iklan
Iklan

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Krai, Kapten Pertahanan Awam Abd Fatah Abd Aziz berkata, setakat ini seramai 617 mangsa melibatkan 156 keluarga di sini (Kuala Krai) yang terjejas dengan banjir.

"Kawasan yang paling teruk terkesan ialah di Kampung Sungai Durian.

Iklan

"Setakat ini pihak kami telah melakukan rondaan setiap dua jam sekali dan penduduk dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini banjir melalui laman sosial Facebook rasmi APM serta kumpulan WhatsApp," katanya ketika dihubungi pada Khamis

Anggota APM membuat pemeriksaan di PPS yang terjejas banjir di sekitar Kuala Krai. - Foto: APM

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Embak menempatkan mangsa banjir paling ramai di Kuala Krai iaitu 141 orang, SK Chenulang (78), SK Banggol Guchik (69), Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A (64), Madrasah Kg Sepuluh (60), SMK Kuala Krai (55), Pejabat Veterinar (52), SK Bedal (28), Masjid Chuchuh Puteri A (42), dan Madrasah Chuchuh Puteri A (39).

Iklan

Di Tanah Merah pula terdapat enam PPS iaitu SK Kelewek 26, Balai Raya Padang Kijang (30), SK Alor Pasir (7), SMK Bukit Bunga (18), Madrasah Wak Seman Kampung Air Batu (97) dan SK Gual Jedok (15).

Keadaan banjir di Kampung Enggong, Kuala Krai ketika ini. - Foto: Ihsan pembaca

Sementara itu, Sungai Kelantan di Temangan, Machang sudah melepasi paras bahaya ketika ini iaitu 19.73 meter berbanding normal 12 meter.

Sungai Nal di Kuala Nal (Kuala Krai) dan Sungai Lanas di Air Lanas (Jeli) melepasi paras amaran, bagaimanapun, Sungai Semerak di Jambatan Melor, Bachok berada pada tahap berjaga-jaga.