Johor Bahru dilanda banjir kilat

Iklan
Keadaan Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru yang dilanda banjir kilat pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Hujan lebat selama beberapa jam mengakibatkan 10 jalan dan sebuah kampung di bandar raya ini dilanda banjir kilat pada Khamis.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam satu kenyataan memberitahu, air mula naik sekitar jam 4.30 petang melibatkan Jalan Rosmerah utama; Jalan Setia 10 dan Jalan Setia 11 di Setia Indah; Jalan Mutiara Emas Utama dan Jalan Mohd Amin 7.

Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru yang dilanda banjir kilat pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Ini termasuk Jalan Datin Halimah iaitu di Taman Merdeka; Jalan Skudai serta Jalan Tampoi; Jalan Dato' Sulaiman; Jalan Harmonium 24 dan Kampung Ubi setakat setakat jam 6.15 petang ini.

"Bagi memastikan keadaan terkawal Skuad Kilat MBJB akan mengawal lalu lintas, mengalihkan halangan jalan dan pokok tumbang sekiranya ada," menurut MBJB dalam dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anggota Skuad Kilat melakukan kerja-kerja pembersihan di Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru selepas dilanda banjir kilat pada Khamis.

Iklan

Tambah MBJB, skuadnya juga membersihkan saluran dan lubang air yang didapati tersumbat selain memberikan bantuan kepada orang awam sekiranya kenderaan tersadai atau terperangkap dalam banjir kilat.

Iklan