'Rasuah pelbagai bangsa' simbolik kebersamaan melawan rasuah

Iklan
Audrina Foo Ya Han ketika menyampaikan mesej antirasuah dalam bahasa Melayu. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

SHAH ALAM - Persembahan puisi deklamasi dan lakonan (dekon) yang berjudul 'rasuah pelbagai bangsa' sempena program Apresiasi Puisi Antirasuah pada Hari Antirasuah Antarabangsa Rasuah Busters 2023 (HARA 2023) yang berlangsung di Kumpulan Karangraf berjaya mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya persembahan dekon yang dipersembahkan oleh empat pelajar dari Sekolah Antarabangsa Wesley Methodist Kuala Lumpur itu, menyampaikan mesej antirasuah melalui pelbagai bahasa yang menunjukkan kepelbagaian di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Jabatan Bahasa Melayu sekolah berkenaan, Drs Pandian meskipun Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik ia bukan alasan kepada pihaknya untuk tidak bersama, dan bersatu padu menolak perbuatan rasuah.

"Walaupun mereka (pelajar) saya, bersekolah di sekolah antarabangsa kita sampaikan mesej antirasuah menerusi empat bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Iklan

"Jadi bagi saya kesedaran rasuah ini perlu bermula dari peringkat awal (muda), terutama pelajar bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya...persembahan ini membuktikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira ras, kaum bersama menolak kelakuan tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pelajar yang terbabit ialah Kayla Ting, Luke Rafael Lopez, Audrina Foo Ya Han dan Bryan Goh Ze Ming.

Kayla Ting sampakian dalam bahasa Inggeris, Luke Rafael Lopez dalam bahasa Tamil dan Bryan Goh Ze Ming dalam bahasa Cina. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Iklan

HARA 2023 merupakan inisiatif memberi pendidikan antirasuah kepada masyarakat menerusi kerjasama gabungan #RasuahBusters yang berlangsung selama dua hari dari 13 hingga 14 Disember bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

Terdapat beberapa aktiviti khas yang disediakan termasuk pameran daripada pelbagai agensi seperti SME Integrity Talk, Wacana Khas, Apresiasi Puisi Anti Rasuah, Kompas Rasuah Busters dan Bicara Bina Negara.