NEW DELHI - Satu video seorang lelaki menunggang lembu atas jalan raya yang sesak di ibu negara India, New Delhi sambil memakai topi keledar bertemakan arnab telah tular di media sosial.
Difahamkan dia berbuat demikian kerana protes kenaikan harga minyak di negara tersebut.
Klip video itu dikongsi dalam platform Instagram oleh pengguna akaun bernama 'Bull Rider'.
Dalam video itu, dia diihat menunggang lembu melalui jalan raya yang paling sibuk di dunia.
"Memandangkan petrol mahal, saya akan menunjukkan tempatnya," tulisnya.
Video itu dikongsi dalam platform pada bulan lalu telah mengumpul lebih 193,000 tanda suka dan 3.8 juta tontonan.
Bagaimanapun, ramai pengguna media sosial memberikan komen kecaman serta sokongan mengenai tindakan 'gila-gila' lelaki itu yang menyindir pihak berkaitan.
"Lembu jantan itu bukan untuk ditunggang. Hentikan penderaan haiwan dan hormati mereka," tulis seorang pengguna di Instagram.
Sebenarnya bukan kali pertama Bull Rider menunggang lembu di bandar sekitar New Delhi, malah dia pernah melakukan perkara sama dengan seorang kanak-kanak kecil dibawa menunggang bersamanya.
Peliknya, setiap kali terserempak dengan polis, mereka akan membenarkannya berlalu pergi atau tidak cuba menahannya. - Agensi