Piala AFC: Sabah rebah di Likas

Iklan
Pemain Sabah, Stuart Wilkin cuba melepasi kawalan pemain Makassar dalam perlawanan Kumpulan H Piala AFC di Stadium Likas pada Khamis.

HASRAT Sabah FC untuk melabuh tirai saingan Kumpulan H Piala AFC dengan keputusan positif tidak kesampaian apabila dibelasah kelab Indonesia, PSM Makassar, 3-1 dalam perlawanan di Stadium Likas pada Khamis.

The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee yang telah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir selaku juara kumpulan terlebih bolos hasil jaringan Yakob Sayuri pada minit ke-15.

Iklan
Iklan

Anak buah Bernardo Tavares kemudian meningkatkan tekanan akhirnya menyaksikan jaringan kedua pelawat dijelmakan jaringan sendiri Dominic Tan pada minit ke-36 bagi memimpin separuh masa pertama 2-0.

Separuh masa kedua, Sabah yang berstatus pendahulu kumpulan tampil lebih tersusun bermula garang dengan mengasak kubu pasukan Red Fish bagi memburu jaringan.

Iklan

Tuan rumah yang akan berdepan Kedah Darul Aman dalam aksi terakhir Liga Super di Likas pada Ahad ini akhirnya berjaya merapatkan jurang hasil tandukan Telmo Castanheira pada minit ke-73.

Bagaimanapun pasukan pelawat mematikan kebangkitan tuan rumah apabila Everton Nascimento menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-95 untuk kemenangan ketiga selepas mengharungi enam perlawanan.

Iklan