'Bukan usaha sekat pengaruh Tok Mat dalam UMNO'
Iklan
SHAH ALAM - Pelantikan sebagai Menteri Luar bukan bertujuan untuk meminggirkan dan melemahkan pengaruh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam parti atau mengukuhkan status Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden.
Sebaliknya, Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berpendapat, pertukaran portfolio Mohamad daripada Menteri Pertahanan kepada Menteri Luar adalah proses biasa dalam sesebuah kerajaan, selain ia adalah hak prerogatif, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.