Perpaduan kaum pada tahun 2020

Iklan
Gambar hiasan -Foto 123RF

HARI ini merupakan hari terakhir dalam kalendar 2019. Esok kita bakal menempuh tahun baru 2020. Ia merupakan tahun yang ditunggu-tunggu jutaan rakyat Malaysia terutamanya yang pernah membesar dalam gagasan dan harapan menuju ke arah sebuah negara maju Wawasan 2020.

Ternyata tahun 2019 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi seluruh rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Namun, apa yang jauh lebih mencabar bagi kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia kini adalah isu hubungan kaum dan agama yang dilihat semakin meruncing.

Malah, lebih menyedihkan kalendar 2019 Malaysia dilabuhkan dalam keadaan kita masih bercakaran tentang polemik isu tulisan jawi.

Iklan

Ketika kerajaan sebenarnya sudah pun ‘berlembut’ apabila memaklumkan walaupun tiga muka surat tulisan jawi kekal dalam buku bahasa Melayu darjah empat, namun sesi pengajarannya adalah secara pilihan. Tulisan jawi hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid sekolah jenis kebangsaan.

Keputusan itu jelas dan mudah. Malah, sebenarnya ia ibarat satu ‘kemenangan’ bagi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Iklan

Namun, ternyata Dong Zong tidak pernah berasa cukup! Ia masih tidak berpuas hati dengan apa yang diterima.

Apatah lagi timbul pula puak-puak liberal yang turut menjaja mengenai hak asasi manusia, namun sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menyambung lidah perjuangan Dong Zong.

Maka tidak hairanlah Ahad lalu selepas Dong Zong gagal mengadakan persidangan jawi, kumpulan liberal tetap meneruskan perhimpunan mereka dengan nama yang lebih ‘enak’ di halwa telinga iaitu Kongres Jawi Kebangsaan.

Persoalannya, kini siapa yang mahu beralah dalam isu ini?

Polemik ini perlu ditamatkan segera! Selepas kerajaan sudah pun berlembut sebelum ini, Dong Zong dan puak liberal tidak seharusnya terus menekan dan mengambil kesempatan di atas kebaikan kerajaan.

Berhentilah daripada menjadikan polemik ini semakin runcing serta satu tragedi hitam bangsa Malaysia.