Jersi Messi berharga RM36.4 juta

Iklan
Jersi Messi yang dilelong dan berjaya dijual pada harga RM36.4 juta. - Foto AFP

ENAM helai jersi bola sepak yang dipakai oleh bintang Argentina, Lionel Messi pada Piala Dunia 2022 di Qatar telah dijual pada harga AS$7.8 juta (RM36.4 juta) dalam satu lelongan, baru-baru ini.

Menurut rumah lelong Sotheby, jersi tersebut mendapat tiga bidaan dan merupakan jumlah bidaan barang sukan paling berharga yang dijual di lelongan itu tahun ini.

Iklan
Iklan

Messi mengetuai Argentina menang 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Perancis di stadium Lusail Qatar pada Disember tahun lalu.

"Piala Dunia FIFA 2022 merupakan salah satu acara terhebat dalam sejarah sukan, secara umumnya berkait dengan perjalanan berani Messi dan mengukuhkan statusnya sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Iklan

"Penjualan enam baju ini sebagai peristiwa monumental dalam sejarah lelongan, menawarkan peminat dan pengumpul kaitan dengan pencapaian Messi.

"Baju bersejarah ini bukan sahaja peringatan yang ketara tentang salah satu momen terpenting dalam sejarah sukan, tetapi pada dasarnya berkaitan dengan detik kemuncak dalam kerjaya pemain bola sepak yang paling terkenal dalam sejarah,” kata Brahm Wachter, ketua koleksi moden Sotheby.

Iklan

Awal bulan ini, Messi dinobatkan sebagai 'Atlet Terbaik Tahunan' majalah Time untuk 2023 selepas musim cemerlang yang menyaksikan dia turut meraih anugerah Ballon d'Or kelapan dan perpindahannya ke pasukan MLS, Inter Miami.

Pemenang Piala Dunia itu juga menolak perpindahan lumayan ke Arab Saudi dan memilih MLS sebagai destinasi baharu dalam kariernya.