Kes Rosmah belum dipindah ke Mahkamah Tinggi

Iklan

KUALA LUMPUR - Kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek bersepadu sistem solar sekolah di Sarawak yang sepatutnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini, ditangguhkan ke tarikh lain.

Ianya terpaksa ditangguhkan berikutan peguam yang mewakili Rosmah hanya menerima dokumen pernohonan daripada pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu pagi ini.

Iklan
Iklan

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dokumen berkenaan.

Sementara itu, Akbardin berkata, pihaknya akan meneliti permohonan pihak pendakwaan untuk perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang dijalankan bersama kerana kedua-dua kes itu membabitkan transaksi yang berbeza.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rosmah dipindahkan ke mahkamah tinggi]

[ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah mohon 17 kes dipindahkan ke mahkamah tinggi]

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib bagaimanapun berpendapat, pihak pembelaan tidak memerlukan masa lama untuk meneliti permohonan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Selain itu beliau berkata, pihak pembelaan juga boleh mengemukakan bantahan selepas pihak pendakwaan mengemukakan permohonan bagi pebicaraan bersama.

Pada 29 November 2018 kes Rosmah membabitkan 17 pertuduhan pengubahan wang haram telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima pertuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah kemudian menetapkan 22 Januari ini bagi sebutan kes untuk mendapat maklum balas daripada pihak pembelaan sama ada untuk mengemukakan bantahan bagi perbicaraan bersama.

Rosmah yang berbaju kurung merah jambu hadir bersama suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.