"Apa nak jadi ni Rafizi, memalukan!" - YB Viral

Iklan
YB Viral. Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - Pempengaruh, YB Viral menempelak Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang menukar pelawaannya daripada debat kepada sesi podcast.

Tanpa menyatakan sama ada bersetuju atau sebaliknya, dia mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Pandan itu dengan mengatakan lebih baik hubungi bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk ‘Keluar Sekejap’ jika mahu adakan sesi podcast.

Iklan
Iklan

"Apa nak jadi ini? Memalukan.

"Selepas itu muat naik status di X berkenaan isu ini, kasihan Rafizi.

Iklan

"Ugut nak saman dan memanggil kami (netizen) sebagai ancaman, apa yang kau mengarut?,” katanya menerusi hantaran di Tiktok pada Jumaat.

Sebelum ini, Rafizi mencabar YB Viral untuk berdebat secara langsung supaya kedua-dua pihak dapat berkongsi pandangan dan membentangkan fakta kepada rakyat.

Iklan

Menurutnya, YB Viral dipercayai penyokong Perikatan Nasional (PN) telah memainkan sentimen yang tidak memberi gambaran dan perspektif sebenar mengenai sesuatu isu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut berkongsi surat jemputan debat daripada Pejabat Menteri Ekonomi yang dihantar kepada individu terbabit dengan cadangan ia diadakan pada Isnin depan atau satu tarikh dipersetujui bersama.

Surat berkenaan menetapkan sesi debat di antara kedua-dua pihak dalam podcast diberi nama 'Yang Bakar Menteri' perlu disiarkan secara langsung di media sosial Rafizi.

YB Viral juga diminta untuk berkongsi maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan bagi tujuan dokumentasi serta keselamatan.

Dalam pada itu, YB Viral turut mengajukan pertanyaan sama ada Rafizi akan bertindak menyaman golongan ahli akademik yang berpandangan 60 peratus rakyat di negara ini mengatakan Malaysia berada di landasan tidak benar.

"Mana tahu kau dah anggap mereka ‘walaun’? Come on Rafizi, jangan bazirkan masa berharga aku.

"Nak berdebat, buatlah debat, nak buat podcast pergilah ke KS,” ujarnya lagi.