14 ahli Parlimen India digantung kerana gagal kawal kelakuan

Iklan
Gambar hiasan

NEW DELHI - Parlimen India menggantung 14 Ahli Parlimen pada Khamis kerana didapati 'gagal mengawal kelakuan' semasa dewan sedang bersidang.

Kesemua Ahli Parlimen itu daripada parti pembangkang.

Iklan
Iklan

Seramai 13 daripadanya ahli Dewan Rakyat (Lok Sabha) manakala seorang lagi ahli Dewan Negara (Rajya Sabha).

Mereka melakukan protes di Parlimen susulan insiden dua pemuda menceroboh Lok Sabha.

Iklan

Kedua-dua pemuda itu kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan. Seorang lagi lelaki dan seorang wanita yang turut melakukan bantahan di luar Parlimen turut ditahan. Keempat-empat mereka kini dalam tahanan polis selama tujuh hari. - Bernama

Iklan