'Ayah hilang selepas hadir majlis santapan, lengkap berpakaian veteran komando'

Iklan
Ab Manan Keri tidak pulang selepas keluar menghadiri Majlis Santapan bersama Sultan Johor di Dataran Tasek Kluang pada Khamis.

KLUANG - Rasa tidak sedap hati anak kepada warga emas yang tidak pulang selepas keluar ke bandar Kluang menghadiri Majlis Santapan bersama Sultan Johor di Dataran Tasek Kluang di sini pada Khamis tidak disangka merupakan petanda bapanya dilanda musibah.

Menurut Mohamad Shahfullah Ab Manan, 29, sebelum itu ayahnya, Ab Manan Keri, 73, keluar ke bandar Kluang bersama kakak dan adiknya kira-kira jam 2 petang Khamis dengan memakai baju veteran komando lengkap dengan beret hijau Komando.

Iklan
Iklan

Kata Mohamad Shahfullah, ayahnya lengkap berpakaian demikian kerana merupakan pesara tentera daripada Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK)

"Selepas majlis berakhir kira-kira jam 4 petang semalam, hujan lebat berlaku sehingga menyebabkan banjir kilat di sekitar Dataran Tasek.

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat warga emas yang hilang dilakukan sekitar di Sungai Mengkibol. Kluang pada Jumaat . Foto: ihsan bomba Johor

"Selepas menunggu sehingga jam 7 petang semalam, ayah tidak munculkan diri sebelum kakak menghubunginya untuk memaklumkan tentang kejadian ini," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum itu, media melaporkan Ab Manan tidak pulang ke rumah selepas hadir ke majlis santapan tersebut bersama Sultan Johor petang Khamis.

Iklan

Mohamad Shahfullah berkata, usaha mencari di sekitar bandar Kluang dilakukan oleh keluarga terdekat terdekat namun hanya menemui beg sandang yang dibawa ayahnya ke majlis berkenaan di Jalan Ismail berhampiran Kelab Melayu Kluang.

Katanya, selepas menunggu hingga jam 7 petang semalam, ayah tidak munculkan diri sebelum kakak menghubunginya untuk memaklumkan kejadian itu.

"Sehingga pagi ini, ayah masih belum ditemui walaupun usaha pencarian dilakukan hingga lewat malam tadi dan terus dicari pada pagi ini.

"Ayah tidak mempunyai masalah ingatan dan tiada masalah kekeluargaan antara kami, orang ramai yang mengetahui kedudukan ayah diharapkan dapat menghubungi saya di talian 017 783 3650," katanya.