Gaza terputus hubungan komunikasi

Iklan
Keadaan bangunan di Gaza musnah akibat pengeboman Israel. - Foto AFP

GAZA - Gangguan komunikasi dan perkhidmatan Internet berterusan di Gaza tengah dan selatan serta sebahagian bandar raya Gaza buat hari kedua berturut-turut ekoran serangan berterusan tentera penceroboh Israel.

Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Gaza pada malam Khamis mengumumkan gangguan sepenuhnya terhadap perkhidmatan komunikasi dan Internet syarikat PalTel dan Ooredoo di tengah dan selatan Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Iklan
Iklan

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Khamis juga melaporkan bahawa ia terputus hubungan sepenuhnya dengan bilik gerakan di Semenanjung Gaza dan semua pasukannya yang bertugas di sana.

WAFA berkata, ini berlaku apabila rejim Israel memutuskan sepenuhnya semua rangkaian talian tetap, selular dan Internet buat kali kelima sejak permulaan serangan.

Iklan
Iklan

Gangguan komunikasi mencetuskan kebimbangan serius memandangkan keadaan ini menghalang keupayaan penduduk untuk mengakses perkhidmatan penting, meningkatkan lagi cabaran yang dihadapi oleh pasukan tindak balas kecemasan, selain mengasingkan Gaza dari seluruh dunia semasa situasi kritikal. - Bernama