Jambatan darat Thailand jadi mimpi ngeri pelabuhan di Selat Melaka
Iklan
Baru-baru ini Thailand kembali mengutarakan cadangan pembinaan Jambatan Darat Segenting Kra untuk membangunkan rangkaian logistik menghubungkan Ranong di sebelah Laut Andaman dengan Chumpon di Teluk Siam.
Selain memacu ekonomi negara Gajah Putih itu, pembinaan jambatan darat ini dijangka dapat mengurangkan kos pengangkutan laut dengan menjimatkan masa kira-kira empat hari serta mengurangkan perbelanjaan perkapalan sebanyak 15 peratus.